Tentang Saya

Assalamualaikum.

Saya Azrin. Seorang ibu kepada tiga cahayamata. Menyusukan anak sulung dan anak kedua sepenuhnya selama dua tahun. Namun terkandas untuk anak yang ketiga kerana kurang ilmu. Bangkit untuk relaktasi dan mahu berkongsi ilmu penyusuan agar ibu-ibu di luar sana tidak melakukan kesilapan yang sama.

Pengalaman relaktasi anak ketiga sangat mengujakan.

Impian saya mahu melihat ibu-ibu semua sedar akan kepentingan penyusuan dan tidak mudah putus asa untuk berikan yang terbaik untuk si manja. Saya akan terus berkongsi seberapa banyak maklumat untuk manfaat kita bersama.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh juga Whatsapp saya di talian 019-350 9685

Salam sayang

Kakdik Azrin