7 Sebab Kenapa Menyusukan Anak Semula

“Lagi senang bagi anak susu formula”
“Buat apa susah-susah bagi anak susu badan? Susu formulakan ada?

Kakdik melalui pengalaman anak menyusu sepenuhnya dan anak yang minum susu formula. Memang jauh berbeza pengalaman yang dilalui. Izzah menyusu sehingga 8 bulan. Memang masa tu kakdik naif sangat pasal sifir menyusu iaitu “Supply and demand”. Ingatkan kejayaan menyusukan ‘Isyah dan Iffah selama 2 tahun, bila Izzah berjaya juga. Jangkaan yang sangat meleset.

Bila difikirkan semula, “Kenapa kakdik berjaya menyusukan ‘Isyah dan Iffah sehingga 2tahun?” Jawapannya adalah ‘Isyah dan Iffah kuat menyusu. Formula supply and demand tu “Isyah memang superb. Pernah bawa ‘Isyah ke Kelantan semasa usianya 11bulan. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dia menyusu. Sehingga lenguh tangan kakdik menukar posisi dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan. Pengalaman yang sangat indah.

Kenapa kakdik tekad untuk menyusukan Izzah semula?

1. Antibodi.

Izzah memang kerap demam. Hati ibu mana yang sanggup lihat anak yang kerap demam? Setiap malam selepas minum susu formula, Izzah mesti batuk berlarutan. Tidurnya terganggu. Kakdik pun tak tahu kenapa jadi begitu.

2. Bonding.
Memang terasa sangat seolah-olah jauh dengan Izzah. Masa menyusu badan, kita pasti memeluk si manja. Sungguh kakdik rindu sangat-sangat saat bonding dengan Izzah.

3. Bersih dan tak perlu fikir mengenai pencemaran.
Sangat mudah menyusukan anak tanpa perlu memikirkan steril botol-botol susu. Jauh sekali dari pencemaran.

4. Mudah bila travel.
Selama 5 bulan ni, rasa kelam kabut bila nak travel. Nak fikir pasal bakul susu, kuantiti air panas, stok susu yang mencukupi dan botol-botol susu. Masa ‘Isyah dan Iffah memang tak lalui pengalaman ni dan kakdik nak laluinya sekali lagi bersama Izzah.InsyaAllah

5. Jimat masa.

Memang sangat menjimatkan masa. Waktu malam bila Izzah menangis kehausan, masa tu kita pun tengah lena tidur. Tak perlu bangun dari tempat tidur, hanya peluk anak dan susukan. Mudahkan? Jika anak minum susu formula, terkebil-kebil bangun nak buat susu anak. Bestnya menyusukan anak, tak perlu bangun bancuh susu.

6. Suhu susu yang sesuai.
Ha, nak katanya fresh dari ladang. Susu formula, kalau dah dibancuh tapi anak tak nak minum, susu tu perlu dibuang. Kan dah membazir namanya tu. Izzah memang selalu macam tu.

7. Rehat dan tenang.
Waktu menyusu merupakan waktu berehat bagi kakdik. Kenapa? Sebab setiap kali menyusu, mesti rasa mengantuk dan boleh rehat sebentar. Kadang kala siap tidur lagi. Tidurpun tak terganggu waktu malam. Best kan?

Ya Allah,berilah rezeki buat Izzah untuk menyusu semula. Moga kakdik mampu relaktasi si manja Izzah lagi. Kakdik bukan tawakal macam tu je. Dalam masa yang sama ambil sumber makanan yang boleh membantu dalam penghasilan susu.

Leave a Comment