5 cara atasi susu sikit semasa berpantang

“Saya dah nak mula kerja tapi susu sikit nak buat stok. Stress nya!” Antara rungutan ibu

Situasi begini biasanya terjadi kepada ibu muda yang baru melahirkan cahaya mata pertama mereka. Jika tiada yang membantu dalam memberi sokongan dan galakan mengenai penyusuan,pastinya susu formula akan dijadikan jalan penyelesaian kepada masalah susu sikit.

Kenapa susu sikit?

“Masalah susu sikit” kerap menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan si manja mereka. Anggapan bahawa susu sikit untuk anak kesayangan anda adalah salah.

Antara punca susu sikit ialah:

1. Dakapan yang lemah sehingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang.
2. Masa penyusuan untuk si manja anda terlalu singkat.
3. Si manja anda tidak menyusu sehingga susu akhir.
4. Tidak menyusu di waktu malam.

Namun terdapat banyak lagi punca kenapa susu tak mencukupi. Namun begitu, ibu-ibu boleh mencuba melakukan beberapa saranan jika ibu beranggapan susu sikit.

Perbetulkan Posisi Menyusu
Posisi menyusu yang betul membantu si manja anak melakukan lekapan dengan betul. Ini menggalakkan hisapan menjadi efektif.

Lebih Kerap Menyusukan Si Manja
Kekerapan penyusuan membantu susu menjadi lebih banyak. Ini disebabkan formula penyusuan adalah Supply and Demand. Ibu-ibu digalakkan menyusukan si manja anda sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24jam.

Tidur Berdekatan Si Manja
Ibu digalakkan menyusukan si manja anda terutamanya di waktu pagi. Hal ini disebabkan tahap prolaktin tinggi di awal pagi.

Kerap Perah Susu Ibu Selepas Penyusuan
Ibu disarankan agar memerah susu setiap kali selepas penyusuan. Apabila ibu mengosongkan payu dara, otak akan menerima signal untuk menghasilkan susu lagi dan lagi.

Keyakinan Anda Mampu Menyusukan Si Manja
Ibu-ibu perlu menanamkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang mencukupi untuk keperluan si manja anda.

Leave a Comment