5 tips jayakan penyusuan

“Anak minum susu apa?”
“Berapa lama anak menyusu?”

Setelah melalui pengalaman menyusukan tiga orang anak, kakdik nak kongsikan tips bagaimana menjayakan penyusuan.

1. Dapatkan makananan yang berkhasiat.
Mommy diluar sana, makananan yang berkhasiat menjamin si manja anda juga dapat susu yang berkhasiat juga. Ada mommy yang salah faham tau mengenai penyusuan eksklusif ni. “Anak saya masih susu badan tapi kenapa kerap demam?” Ada juga persoalan sebegini timbul. Anak yang memang bergantung sepenuhnya kepada penyusuan susu ibu, mommy lagi kena pastikan ambil makanan berkhasiat tau.

2. Dapatkan minuman yang berkhasiat.
Bukan setakat mommy kena ambil makanan berkhasiat, minuman juga kena pastikan berkhasiat. Contoh minuman berkhasiat seperti air horlicks, air milo, dan mommy juga boleh ambil rebusan air buah longan. Bukan setakat sedap, ia juga boleh jadi penggalak susu atau booster bagi sesetengah mommy di luar sana.

3. Kerapkan penyusuan terus.
Bagi mommy yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa pastinya tiada masalah dengan penyusuan terus atau direct latch ni. Mesti si manja bahagia, dapat susu segar terus dari ibu. Bagaimana pula ibu yang berkerjaya? Waktu malam merupakan waktu yang terbaik mommy lebih kerapkan si manja menyusu terus. Waktu malamjuga merupakan waktu di mana horomon prolaktin tinggi. Jika waktu cuti, mommy bolehlah melayan si manja dengan menyusukannya lebih kerap.

4. Sediakan jadual pam susu.
Jadual pam sangat penting dan lagi penting bilamana mommy sentiasa ikut jadual pam tersebut. Pam pada masanya. Kekerapan mengepam susu pada waktu yang sama akan meningkatkan kadar penghasilan susu ibu. Jangan skip jadual yang mommy dah sediakan. Andainya skip atau terlewat pam lebih satu jam dari jadual, mommy digalakkan membuat power pumping.

5. Sentiasa gembira.
Apa kaitan gembira dengan susu ibu? Kalau mommy nak tau, bila mommy gembira,penghasilan susu ibu akan meningkat. Mommy tak percaya? Selepas ni, mommy boleh cuba pam susu sambil lihat gambar si manja dan nak lagi feel, mommy buka video si manja ketika mengepam. Lihat hasilnya nanti.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu.