7 Sebab Kenapa Menyusukan Anak Semula

“Lagi senang bagi anak susu formula”
“Buat apa susah-susah bagi anak susu badan? Susu formulakan ada?

Kakdik melalui pengalaman anak menyusu sepenuhnya dan anak yang minum susu formula. Memang jauh berbeza pengalaman yang dilalui. Izzah menyusu sehingga 8 bulan. Memang masa tu kakdik naif sangat pasal sifir menyusu iaitu “Supply and demand”. Ingatkan kejayaan menyusukan ‘Isyah dan Iffah selama 2 tahun, bila Izzah berjaya juga. Jangkaan yang sangat meleset.

Bila difikirkan semula, “Kenapa kakdik berjaya menyusukan ‘Isyah dan Iffah sehingga 2tahun?” Jawapannya adalah ‘Isyah dan Iffah kuat menyusu. Formula supply and demand tu “Isyah memang superb. Pernah bawa ‘Isyah ke Kelantan semasa usianya 11bulan. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dia menyusu. Sehingga lenguh tangan kakdik menukar posisi dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan. Pengalaman yang sangat indah.

Kenapa kakdik tekad untuk menyusukan Izzah semula?

1. Antibodi.

Izzah memang kerap demam. Hati ibu mana yang sanggup lihat anak yang kerap demam? Setiap malam selepas minum susu formula, Izzah mesti batuk berlarutan. Tidurnya terganggu. Kakdik pun tak tahu kenapa jadi begitu.

2. Bonding.
Memang terasa sangat seolah-olah jauh dengan Izzah. Masa menyusu badan, kita pasti memeluk si manja. Sungguh kakdik rindu sangat-sangat saat bonding dengan Izzah.

3. Bersih dan tak perlu fikir mengenai pencemaran.
Sangat mudah menyusukan anak tanpa perlu memikirkan steril botol-botol susu. Jauh sekali dari pencemaran.

4. Mudah bila travel.
Selama 5 bulan ni, rasa kelam kabut bila nak travel. Nak fikir pasal bakul susu, kuantiti air panas, stok susu yang mencukupi dan botol-botol susu. Masa ‘Isyah dan Iffah memang tak lalui pengalaman ni dan kakdik nak laluinya sekali lagi bersama Izzah.InsyaAllah

5. Jimat masa.

Memang sangat menjimatkan masa. Waktu malam bila Izzah menangis kehausan, masa tu kita pun tengah lena tidur. Tak perlu bangun dari tempat tidur, hanya peluk anak dan susukan. Mudahkan? Jika anak minum susu formula, terkebil-kebil bangun nak buat susu anak. Bestnya menyusukan anak, tak perlu bangun bancuh susu.

6. Suhu susu yang sesuai.
Ha, nak katanya fresh dari ladang. Susu formula, kalau dah dibancuh tapi anak tak nak minum, susu tu perlu dibuang. Kan dah membazir namanya tu. Izzah memang selalu macam tu.

7. Rehat dan tenang.
Waktu menyusu merupakan waktu berehat bagi kakdik. Kenapa? Sebab setiap kali menyusu, mesti rasa mengantuk dan boleh rehat sebentar. Kadang kala siap tidur lagi. Tidurpun tak terganggu waktu malam. Best kan?

Ya Allah,berilah rezeki buat Izzah untuk menyusu semula. Moga kakdik mampu relaktasi si manja Izzah lagi. Kakdik bukan tawakal macam tu je. Dalam masa yang sama ambil sumber makanan yang boleh membantu dalam penghasilan susu.

7 Makanan Tambah Susu Badan

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

“Kak, macamana nak tambah susu badan?” Persoalan yang sering dilontarkan oleh ibu muda terutamanya kelahiran anak pertama.

Persoalan ni pastinya sentiasa berlegar-legar di kepala si ibu jika lihat anak menangis. Perasaan seorang ibu pastinya gundah gulana bila lihat anak sering menangis.

Kakdik nak kongsi makanan yang boleh menambah susu badan. Mommy jangan risau-risau. Boleh cuba mana yang serasi dengan mommy.

1. Kurma.
Kurma lebih dikenali sebagai milk booster yang hebat. Kurma mempunyai sumber vitamin dan mineral yang tinggi. Kurma merupakan sumber energi, gula, dan serat yang baik. Terdapat mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemui pada kurma. Kurma juga mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan vitamin K.Mommy boleh pelbagaikan resepi untuk kurma ini. Kisar buah kurma dan campur dalam air susu. Makan begitu sahaja pun boleh juga.

2. Habbatussauda.
Habbatussauda lebih dikenali dikalangan masyarakat kita sebagai jintan hitam. Habbatus sauda menguatkan sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.

Habbatussauda juga dikenali sebagai penggalak susu.

Ianya membantu untuk tambah susu. Ada yang hanya makan bersama madu. Boleh juga direbus dan diminum airnya.

3. Halba.
Halba terkenal di kalangan masyarakat India. Mereka menggunakannya dalam masakan kari. Bagi masyarakat di Johor ni halba digunakan semasa menanak nasi lemak. Bagi masyarakat di pantai timur pula, halba digunakan semasa menanak nasi dagang. Resepi mudah bagi yang mahu mencuba halba untuk tambah susu, cuci bersih halba dan rendam dalam air panas. Minum semasa suam.

4. Longan.
Longan mudah didapati di kedai ubat cina atau sensei. Iana dalam bentuk kering. Caranya, rebus longan kering tersebut bersama gula batu. Ada juga yang merebus longan bersama kurma merah untuk dijadikan milk booster. Minum suam-suam tau. Ramai yang ibu serasi dengan buah longan ini.

5. Jantung pisang.
Berdasarkan penelitian, setiap 25 gram jantung pisang mengandung :

31 kkal kalori
1,2 gram senyawa protein
0,3 gram lemak
7,1 gram zat karbohidrat

Jantung pisang juga mengandung manfaat vitamin A, vitamin B1, vitamin C, dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan zat besi. Kandungan yang penuh gizi tersebut, siapapun pasti akan tergiur untuk mengolah jantung pisang menjadi masakan dan makanan yang lazat.Bagi mommy yang menggemari masakan tradisional, bolehlah mencuba resepi jantung pisang untuk dijadikan penggalak susu. Jantung pisang ini boleh dimasak kerabu atau masak lemak.

6. Lobak putih.
Lobak putih mengandungi Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin E, Minyak Atsiri, Beta Carotene, Niasin, Mangan, Kolin, Asam Folic, Kalsium, Zat besi, Fosfor, Asam oksalat, dan serat kasar

Lobak putih memiliki kulit berwarna putih dengan daging berwarna putih pula. Lobak dapat dimakan dalam keadaan mentah atau bisa juga dijadikan sebagai bahan sup.Lobak putih popular dikalangan ibu yang berpantang. Biasanya lobak putih ini dimasak sup.

7. Alfalfa.
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan. Kaya dengan kandungan serat yang tinggi dan berfungsi sebagai agen pelawas. Ianya juga berupaya membuang angin dari badan.