BREASTFEEDING IS AWESOME

Cara Ransang Susu Ibu

Power pumping tu nak buat macamana? Biasanya saya pam 60 minit tanpa henti”
Mengucap panjang kenalan saya bila saya beritahu saya pam60 minit tanpa henti. Gara-gara nak stimulasi susu ibu. Saya terua dan memaksa untuk susu ibu terhasil dengan banyak.

Mommy jangan lakukan kesilapan seperti saya. Sini saya kongsikan bagaimana kaedah power pumping.

Power pumping

Bila perlu buat power pumping?
Kakdik cadangkan mommy buat power pumping jika terskip jadual mengepam. Perlu diingatkan, ikut jadual pam yang kita sediakan sebaik mungkin.

Ada beza ke buat single pump dan double pump?
Pada pedapat kakdik tiada bezanya.

Yang mana satu kakdik suka?
Kakdik lebih suka double pumping. Sebab bila kita pam sebelah, susu sebelah lagi juga akan keluar. Rasa macam banyak je susu yang dipam bila buat double pumping ni.

Jangan lupa ye mommy, disamping konsisten dengan jadual pam pastikan jaga pemakanan juga. Jangan lakukan kesilapan seperti kakdik.

Jika mommy ada persoalan,boleh hubungi kakdik 019-3509685

3 Amalan Tambah Susu Badan

“Kak, apa yang boleh diamalkan untuk tambah susu badan?”

Kakdik sendiri pernah alami kekurangan susu. Sangat sedikit ilmutentang penyusuan masa tu. Walaubagaimanapun, kakdik pernah buat entry mengenai Makanan Tambah Susu

Perkara yang perlu kita faham, makanan penggalak susu ni bukan jaminan susu ibu akan melimpah ruah. Macam kakdik sendiri, serasi sangat dengan durian. Kiranya durian ni milk booster tapi satu perkara yang kakdik naif sangat masa gagal menyusukan Izzah dulu. Walau sebanyak mana mommy makan makanan penggalak susu tapi tidak jaga beberapa amalan, tak kemana juga.

Kakdik nak kongsikan 3 amalan tambah susu ibu.

Pertama, banyakkan minum air suam. Nampak remehkan? Tapi mommy kena ingat, kita menyusukan anak. Dengan pengambilan air suam, kita gantikan cecair dalam badan. Pernah takmommy rasa haus bila sedang menyusukan atau setelah menyusukan anak? Ha, bila kita haus tu tanda badan kita kekurangan cecair tau. Signal tu keluar bukan bila kita baru kekurangan air tapi signal tu keluar bila badan kita sangat-sangat perlukan air. Macam cerita ultraman, berkelip-kelip tanda memang dah tiada kuasa.

Kedua, pam susu. Mommy kena rajin pam susu. Lagi banyak payudara kerap dikosongkan, lagi banyak penghasilan susu akan terhasil. Biasanya mommy yang hubungi kakdik tanya

“Macamana nak buat stok susu, tak lama lagi kerja. Stok susu sikit sangat. Stress bila keadaan macam ni”
makan makanan berkhasiat.

Apa yang kakdik boleh katakan, pam susu,pam susu, pam susu. Mommy seharusnya dah mula pam susu walaupun dalam pantang. Tapi tak mengapa, jika mommy dah nak hampir sangat mula kerja tapi stok susu tiada. Jangan risau. Sila pam susu anda. Lagi bagus mommy sediakan jadual pam susu. Sila patuh kepada jadual yang mommy dah buat. Kalau terlepas satu sesi, mommy kena ganti masa tersebut dengan buat power pumping.

Akhir sekali, mommy kena jaga emosi. Mommy jangan stress ye. Bila mommy stress,lagi menyukarkan sesi mengepam susu. Emosi mommy kena stabil dan ceria. Jika mommy tak percaya, sila pam susu sambil berzikir atau melihat video si manja mommy. Ha,mommy lihat hasilnya nanti. Jangan lupa beritahu kakdik ye.

5 tips jayakan penyusuan

“Anak minum susu apa?”
“Berapa lama anak menyusu?”

Setelah melalui pengalaman menyusukan tiga orang anak, kakdik nak kongsikan tips bagaimana menjayakan penyusuan.

1. Dapatkan makananan yang berkhasiat.
Mommy diluar sana, makananan yang berkhasiat menjamin si manja anda juga dapat susu yang berkhasiat juga. Ada mommy yang salah faham tau mengenai penyusuan eksklusif ni. “Anak saya masih susu badan tapi kenapa kerap demam?” Ada juga persoalan sebegini timbul. Anak yang memang bergantung sepenuhnya kepada penyusuan susu ibu, mommy lagi kena pastikan ambil makanan berkhasiat tau.

2. Dapatkan minuman yang berkhasiat.
Bukan setakat mommy kena ambil makanan berkhasiat, minuman juga kena pastikan berkhasiat. Contoh minuman berkhasiat seperti air horlicks, air milo, dan mommy juga boleh ambil rebusan air buah longan. Bukan setakat sedap, ia juga boleh jadi penggalak susu atau booster bagi sesetengah mommy di luar sana.

3. Kerapkan penyusuan terus.
Bagi mommy yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa pastinya tiada masalah dengan penyusuan terus atau direct latch ni. Mesti si manja bahagia, dapat susu segar terus dari ibu. Bagaimana pula ibu yang berkerjaya? Waktu malam merupakan waktu yang terbaik mommy lebih kerapkan si manja menyusu terus. Waktu malamjuga merupakan waktu di mana horomon prolaktin tinggi. Jika waktu cuti, mommy bolehlah melayan si manja dengan menyusukannya lebih kerap.

4. Sediakan jadual pam susu.
Jadual pam sangat penting dan lagi penting bilamana mommy sentiasa ikut jadual pam tersebut. Pam pada masanya. Kekerapan mengepam susu pada waktu yang sama akan meningkatkan kadar penghasilan susu ibu. Jangan skip jadual yang mommy dah sediakan. Andainya skip atau terlewat pam lebih satu jam dari jadual, mommy digalakkan membuat power pumping.

5. Sentiasa gembira.
Apa kaitan gembira dengan susu ibu? Kalau mommy nak tau, bila mommy gembira,penghasilan susu ibu akan meningkat. Mommy tak percaya? Selepas ni, mommy boleh cuba pam susu sambil lihat gambar si manja dan nak lagi feel, mommy buka video si manja ketika mengepam. Lihat hasilnya nanti.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu.

7 Sebab Kenapa Menyusukan Anak Semula

“Lagi senang bagi anak susu formula”
“Buat apa susah-susah bagi anak susu badan? Susu formulakan ada?

Kakdik melalui pengalaman anak menyusu sepenuhnya dan anak yang minum susu formula. Memang jauh berbeza pengalaman yang dilalui. Izzah menyusu sehingga 8 bulan. Memang masa tu kakdik naif sangat pasal sifir menyusu iaitu “Supply and demand”. Ingatkan kejayaan menyusukan ‘Isyah dan Iffah selama 2 tahun, bila Izzah berjaya juga. Jangkaan yang sangat meleset.

Bila difikirkan semula, “Kenapa kakdik berjaya menyusukan ‘Isyah dan Iffah sehingga 2tahun?” Jawapannya adalah ‘Isyah dan Iffah kuat menyusu. Formula supply and demand tu “Isyah memang superb. Pernah bawa ‘Isyah ke Kelantan semasa usianya 11bulan. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dia menyusu. Sehingga lenguh tangan kakdik menukar posisi dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan. Pengalaman yang sangat indah.

Kenapa kakdik tekad untuk menyusukan Izzah semula?

1. Antibodi.

Izzah memang kerap demam. Hati ibu mana yang sanggup lihat anak yang kerap demam? Setiap malam selepas minum susu formula, Izzah mesti batuk berlarutan. Tidurnya terganggu. Kakdik pun tak tahu kenapa jadi begitu.

2. Bonding.
Memang terasa sangat seolah-olah jauh dengan Izzah. Masa menyusu badan, kita pasti memeluk si manja. Sungguh kakdik rindu sangat-sangat saat bonding dengan Izzah.

3. Bersih dan tak perlu fikir mengenai pencemaran.
Sangat mudah menyusukan anak tanpa perlu memikirkan steril botol-botol susu. Jauh sekali dari pencemaran.

4. Mudah bila travel.
Selama 5 bulan ni, rasa kelam kabut bila nak travel. Nak fikir pasal bakul susu, kuantiti air panas, stok susu yang mencukupi dan botol-botol susu. Masa ‘Isyah dan Iffah memang tak lalui pengalaman ni dan kakdik nak laluinya sekali lagi bersama Izzah.InsyaAllah

5. Jimat masa.

Memang sangat menjimatkan masa. Waktu malam bila Izzah menangis kehausan, masa tu kita pun tengah lena tidur. Tak perlu bangun dari tempat tidur, hanya peluk anak dan susukan. Mudahkan? Jika anak minum susu formula, terkebil-kebil bangun nak buat susu anak. Bestnya menyusukan anak, tak perlu bangun bancuh susu.

6. Suhu susu yang sesuai.
Ha, nak katanya fresh dari ladang. Susu formula, kalau dah dibancuh tapi anak tak nak minum, susu tu perlu dibuang. Kan dah membazir namanya tu. Izzah memang selalu macam tu.

7. Rehat dan tenang.
Waktu menyusu merupakan waktu berehat bagi kakdik. Kenapa? Sebab setiap kali menyusu, mesti rasa mengantuk dan boleh rehat sebentar. Kadang kala siap tidur lagi. Tidurpun tak terganggu waktu malam. Best kan?

Ya Allah,berilah rezeki buat Izzah untuk menyusu semula. Moga kakdik mampu relaktasi si manja Izzah lagi. Kakdik bukan tawakal macam tu je. Dalam masa yang sama ambil sumber makanan yang boleh membantu dalam penghasilan susu.

7 Makanan Tambah Susu Badan

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

“Kak, macamana nak tambah susu badan?” Persoalan yang sering dilontarkan oleh ibu muda terutamanya kelahiran anak pertama.

Persoalan ni pastinya sentiasa berlegar-legar di kepala si ibu jika lihat anak menangis. Perasaan seorang ibu pastinya gundah gulana bila lihat anak sering menangis.

Kakdik nak kongsi makanan yang boleh menambah susu badan. Mommy jangan risau-risau. Boleh cuba mana yang serasi dengan mommy.

1. Kurma.
Kurma lebih dikenali sebagai milk booster yang hebat. Kurma mempunyai sumber vitamin dan mineral yang tinggi. Kurma merupakan sumber energi, gula, dan serat yang baik. Terdapat mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemui pada kurma. Kurma juga mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan vitamin K.Mommy boleh pelbagaikan resepi untuk kurma ini. Kisar buah kurma dan campur dalam air susu. Makan begitu sahaja pun boleh juga.

2. Habbatussauda.
Habbatussauda lebih dikenali dikalangan masyarakat kita sebagai jintan hitam. Habbatus sauda menguatkan sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.

Habbatussauda juga dikenali sebagai penggalak susu.

Ianya membantu untuk tambah susu. Ada yang hanya makan bersama madu. Boleh juga direbus dan diminum airnya.

3. Halba.
Halba terkenal di kalangan masyarakat India. Mereka menggunakannya dalam masakan kari. Bagi masyarakat di Johor ni halba digunakan semasa menanak nasi lemak. Bagi masyarakat di pantai timur pula, halba digunakan semasa menanak nasi dagang. Resepi mudah bagi yang mahu mencuba halba untuk tambah susu, cuci bersih halba dan rendam dalam air panas. Minum semasa suam.

4. Longan.
Longan mudah didapati di kedai ubat cina atau sensei. Iana dalam bentuk kering. Caranya, rebus longan kering tersebut bersama gula batu. Ada juga yang merebus longan bersama kurma merah untuk dijadikan milk booster. Minum suam-suam tau. Ramai yang ibu serasi dengan buah longan ini.

5. Jantung pisang.
Berdasarkan penelitian, setiap 25 gram jantung pisang mengandung :

31 kkal kalori
1,2 gram senyawa protein
0,3 gram lemak
7,1 gram zat karbohidrat

Jantung pisang juga mengandung manfaat vitamin A, vitamin B1, vitamin C, dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan zat besi. Kandungan yang penuh gizi tersebut, siapapun pasti akan tergiur untuk mengolah jantung pisang menjadi masakan dan makanan yang lazat.Bagi mommy yang menggemari masakan tradisional, bolehlah mencuba resepi jantung pisang untuk dijadikan penggalak susu. Jantung pisang ini boleh dimasak kerabu atau masak lemak.

6. Lobak putih.
Lobak putih mengandungi Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin E, Minyak Atsiri, Beta Carotene, Niasin, Mangan, Kolin, Asam Folic, Kalsium, Zat besi, Fosfor, Asam oksalat, dan serat kasar

Lobak putih memiliki kulit berwarna putih dengan daging berwarna putih pula. Lobak dapat dimakan dalam keadaan mentah atau bisa juga dijadikan sebagai bahan sup.Lobak putih popular dikalangan ibu yang berpantang. Biasanya lobak putih ini dimasak sup.

7. Alfalfa.
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan. Kaya dengan kandungan serat yang tinggi dan berfungsi sebagai agen pelawas. Ianya juga berupaya membuang angin dari badan.

5 cara atasi susu sikit semasa berpantang

“Saya dah nak mula kerja tapi susu sikit nak buat stok. Stress nya!” Antara rungutan ibu

Situasi begini biasanya terjadi kepada ibu muda yang baru melahirkan cahaya mata pertama mereka. Jika tiada yang membantu dalam memberi sokongan dan galakan mengenai penyusuan,pastinya susu formula akan dijadikan jalan penyelesaian kepada masalah susu sikit.

Kenapa susu sikit?

“Masalah susu sikit” kerap menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan si manja mereka. Anggapan bahawa susu sikit untuk anak kesayangan anda adalah salah.

Antara punca susu sikit ialah:

1. Dakapan yang lemah sehingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang.
2. Masa penyusuan untuk si manja anda terlalu singkat.
3. Si manja anda tidak menyusu sehingga susu akhir.
4. Tidak menyusu di waktu malam.

Namun terdapat banyak lagi punca kenapa susu tak mencukupi. Namun begitu, ibu-ibu boleh mencuba melakukan beberapa saranan jika ibu beranggapan susu sikit.

Perbetulkan Posisi Menyusu
Posisi menyusu yang betul membantu si manja anak melakukan lekapan dengan betul. Ini menggalakkan hisapan menjadi efektif.

Lebih Kerap Menyusukan Si Manja
Kekerapan penyusuan membantu susu menjadi lebih banyak. Ini disebabkan formula penyusuan adalah Supply and Demand. Ibu-ibu digalakkan menyusukan si manja anda sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24jam.

Tidur Berdekatan Si Manja
Ibu digalakkan menyusukan si manja anda terutamanya di waktu pagi. Hal ini disebabkan tahap prolaktin tinggi di awal pagi.

Kerap Perah Susu Ibu Selepas Penyusuan
Ibu disarankan agar memerah susu setiap kali selepas penyusuan. Apabila ibu mengosongkan payu dara, otak akan menerima signal untuk menghasilkan susu lagi dan lagi.

Keyakinan Anda Mampu Menyusukan Si Manja
Ibu-ibu perlu menanamkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang mencukupi untuk keperluan si manja anda.